Satira & Jenaka

1)Alahai Junus

Junus pemuda yang tidak ambil tahu apa itu teknologi. Suatu ketika, ketika dia memulakan tugas di restoran mewah, datanglah seorang tetamu membawa laptop dan memanggil,

“Encik, saya mahu bertanya…”

“Ya, tanya apa bro?” Junus bertanya.

“Di sini ada wifi tak?”

Dengan selamba Junus menjawab, “Maaf takde, bro. Restoran kami hanya sediakan menu masakan Thailand..”

2)Kena penyakit AIDS boleh tahan berapa hari?

3 hari, sebab:

A=Ahad
I=Isnin
D=dan
S=Selasa

3)Dengan apakah gajah terbang?

Dengan susah payah

4) Perangai Orang Kita

5) Mampu tak mahu

6) Kantoi pak lebai

7)Senyum Tanda Sayang

SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi… memang sah GILA!

8)Membawa Ayam

Dolah: “Apa yang engkau bawa tu?”

Mamut: “Ayam… Cuba teka berapa jumlahnya? Kalau teka betul.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku berikan padamu!”

Dolah: “Emmm.. tiga ekor?”

 

9) Talian Kecemasan

Pengurus: “Mat, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.”
Mat: “Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..”

 

10)Bekerja Teliti

Mat mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan…

 

11)Candle Light Dinner

Mat: “Aku tengok kau beberapa hari ini ‘candle light dinner’ dengan bini kau, mesti dia suka.”

Peon: “Kena marah adalah! Api rumah aku dah kena potong lah, lupa nak bayar bil elektrik!”

12)Batuk Makin Teruk

Mat: “Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!”

Peon: “Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat Batuk dengan lebih baik lagi.”

13)Kisah di Sekolah Tabika

Cikgu: “Mat, awak ada berapa beradik?”
Mat: “Tiga, Cikgu..”
Cikgu: “Awak yg paling tua?”
Mat: “Tak. Atuk saya..”

14)Hadiah Free di Supermarket

Seorang pembeli marah-marah dan masuk ke dalam sebuah supermarket

Tuan Kedai: “Mana ada hadiah free?”
Pembeli: “Ni ada tulis Cholesterol FREE!”

15)Rambut Ayah Ada Uban

Pada suatu petang, seorang ayah dan budak lelakinya sedang makan pisang goreng. Melihat rambut si ayah, si anak pun berkata,
“Mengapa rambut Ayah ada ubannya?”
Ayahnya pun menjawab, “Setiap kali kamu degil, rambut ayah tumbuh uban…”
Si anak pun berkata, “Berarti ayah lebih degil dari saya sebab datuk ubannya lebih banyak lagi daripada ayah!”