Magic Collagen Kiss (MCK)

Magic Collagen Kiss Lipstick keluaran Jamu Susuk Dara diperkaya dengan kebaikan kolagen yang mampu memelihara kelembapan dan kelembutan bibir anda seterusnya membantu mengatasi masalah bibir kering dan mengelupas.Ia juga bertindak menyerlahkan warna bibir mengikut suhu darah dan tubuh badan agar bibir anda tampil lebih mungil dan menawan sepanjang hari.

KEBAIKAN MCK

  • Mengubah warna bibir mengikut suhu darah dan tubuh badan
  • Menjadikan bibir anda tampil lebih mungil dan menawan
  • Mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir anda
  • Meningkatkan keanjalan bibir
  • Mengatasi masalah bibir kering, merekah dan mengelupas
  • Mengatasi masalah bibir yang gelap
  • Membantu menaikkan seri wajah anda
  • Sapuannya mampu bertahan lama
  • Turut sesuai untuk digunakan sebagai pemerah pipi, puting mahupun bibir faraj

KANDUNGAN MCK

Minyak Castor Terhidrogenasi: Minyak yang diesktrak dari biji buah jarak ini atau lebih dikenali sebagai minyak castor bukan sahaja baik untuk kulit, malah berupaya mengekalkan kelembapan dan kelembutan bibir di samping menjadikannya lebih mungil dan menawan.

Zaitun (Olea Europaea): Minyak zaitun sememangnya tinggi kandungan vitamin E yang bersifat antioksidan bagi membantu mencegah kerosakan bibir di samping memelihara kelembapan bibir serta menjana tisu kulit bagi menjadikan bibir anda lebih halus dan lembut.

Biji Bunga Matahari (Helianthus Annuus): Biji bunga matahari kaya dengan khasiat daripada sumber vitamin E yang berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan bibir anda di samping membantu mencerahkan warna bibir yang gelap.

Minyak Kelapa (Cocos Nucifera): Minyak kelapa berupaya memelihara kehalusan dan kelembapan bibir yang mengelupas, kasar dan kering.

Titanium Dioxide: Sebatian yang turut dikenali sebagai titania ini bertindak melindungi bibir anda daripada kerosakan dan proses penuaan akibat pancaran radiasi UV.

Lilin Lebah (Beeswax): Beeswax atau cera alba yang dihasilkan secara sintetik ini berupaya melindungi bibir daripada udara dan elemen lain yang akan mengeringkan bibir anda. Hasilnya, bibir anda kekal lembap dan kelihatan lebih menyerlah.

Lilin Candelilla: Lilin candelilla yang terhasil daripada ekstrak semak candelilla ini berupaya memelihara tekstur produk ini di samping berfungsi sebagai emolien bagi membantu memelihara kelembapan bibir anda.

Perasa: Perisa yang berasaskan buah-buahan ini bertindak memberikan keharuman yang menyegarkan buat bibir anda.

Tocopheryl Acetate: Tocopheryl acetate yang turut dipanggil vitamin E acetate ini tinggi kandungan antioksidan yang berupaya mencegah kerosakan sel kulit mahupun bibir. Ia berupaya memelihara kelembapan dan kehalusan bibir anda di samping membantu melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UV.

Kolagen: Kolagen merupakan struktur protein utama yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan luaran dan dalaman. Ia bersifat antioksidan serta mengandungi asid amino yang mampu membina dan mengekalkan tisu yang sihat di samping membantu mengekalkan kelembapan, kehalusan dan keanjalan bibir anda.

Butyl Hydroxytoluene (BHT): BHT adalah sejenis sebatian organik yang mempunyai sifat antioksidan yang berupaya menentang radikal bebas sekaligus menentang kerosakan dan penuaan sel tubuh anda termasuklah di bahagian bibir agar ia kekal mungil dan menawan.

Triclosan: Triclosan merupakan agen antibakteria yang bertindak sebagai bahan pengawet bagi melindungi produk ini daripada kerosakan.

CI 77491: CI 77491 atau red iron oxide merupakan sejenis pigmen yang berasaskan mineral bagi menambah warna merah ke dalam produk kosmetik.

CARA PENGGUNAAN MCK

  1. Oleskan pada permukaan bibir mengikut bentuk bibir anda.