Masalah Anda?

MASALAH KEPUTIHAN

Tidak semua masalah keputihan perlukan rawatan khusus, tapi sebaiknya kita sebagai wanita perlu mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menjadi parah.

Pertama kali, kita perlulah mengenalpasti tahap keputihan yang normal dan tidak normal. Keputihan vagina dalam bahasa saintifik disebut sebagai leukore atau flour albus, adalah cairan yang keluar dari vagina / liang kemaluan secara berlebihan.

Bila cecair yang keluar berwarna jernih, berlendir banyak tetapi tidak berbau maka hal ini merupakan sesuatu yang biasa terjadi ketika hampir hendak period, hormon estrogen yang berlebihan dan stress. Keputihan seperti ini juga sering dijumpai pada wanita hamil.

Jika cecair yang keluar seperti susu kental, likat, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu mencolok maka kemungkinan telah terjadi radang pada serviks/pangkal rahim (servicitis) dan vagina (vaginitis).

Cecair yang keluar berwarna coklat, cair seperti air, sangat banyak dan lembab, maka kemungkinan wanita tersebut menderita vaginitis, servisitis, gangguan pembuluh darah pada serviks, endometriosis dan kesan rawatan radiasi ketika merawat kanser. Warna coklat timbul akibat perdarahan yang terjadi akibat masalah-masalah tersebut. Ini perlu kepada perhatian dan rawatan doktor.

Bila cairan berwarna kelabu dengan cebis/carik darah, cair seperti air, sangat banyak dan berbau busuk yang keluar dari vagina, maka kemungkinan wanita tersebut mempunyai ulser vagina, vaginitis. Kemungkinan lain yang sangat perlu diperhatikan adalah kemungkinan kanser benign. Segeralah mendpatkan kepastian dari doktor anda.

Jika cecair yang keluar berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka kemungkinan telah terjadi infeksi bakteri non spesifik. Gejala ini juga timbul saat seorang wanita kelebihan hormon estrogen. Untuk masalah ini, rawatan antibiotik biasanya akan dimulakan oleh doktor anda

Bila cecair yang keluar putih, cair berbintik bintik banyak, berbau hanyir disertai dengan rasa nyilu atau sakit ketika membuang air kecil serta gatal di sekitar kemaluan maka kemungkinan wanita tersebut menderita infeksi yang disebabkan oleh opportunistic fungus/kulat. Candida albicans adalah kulat yang paling sering didapati di kemaluan seorang wanita terutamanya wanita hamil kerana ketika hamil paras hormon yang tinggi akan menyebabkan pH di kemaluan wanita terganggu seterunya menyebabkan opportunistic fungal akan mula menyerang. Untuk masalah ini, rawatan dengan anti-fungal (Fluconazole tab, Clotrimazole vaginal tab,Candid V cream) samada ditelan ataupun dengan menggunakan pessary akan diberikan oleh doktor.

Bila cecair yang keluar berwarna kuning kehijauan, berbuih, merah, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan terasa sakit apabila ditekan pada sekitar kemaluan serta kemerahan pada vagina, maka kemungkinan telah terjadi infeksi yang disebabkan oleh kuman protozoa Trichomonas vaginalis.

Terakhir, bila cairan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan, sakit apabila ditekan pada daerah sekitar kemaluan, nyilu/sakit ketika membuang air kecil, maka kemungkinan besar wanita tersebut mengalami jangkitan kuman yang disebabkan oleh Nisseria Gonorrhea. Rawatan biasanya menggunakan antibiotik dari group penicillin

Dah dapat gambaran sedikit sebanyak tentang perbezaan Keputihan?
Bagus.. Lepas ni kalau nampak macam lain macam je, cepat-cepatlah dapatkan nasihat dari doktor ye.

Tapi, kalau keputihan normal, walaupun ianya tidak membahayakan nyawa, saya yakin ramai berasa tidak selesa bila menghadapinya. Keputihan akan menyebabkan kita rasa rendah diri kerana kita risau orang berdekatan dengan kita akan dapat menghidunya.