Jutawan Aura Jelita (JAJ)

Empayar Jutawan Aura Jelita (JAJ) merupakan salah sebuah empayar dalam perniagaan JSD Holding.

Bagaimana Empayar ini berkembang?

Sebelum menjadi LEADER EMPAYAR JAJ, aku juga sama seperti orang lain yang bermula dari bawah. Aku bermula dari menjadi seorang agen produk JSD pada bulan Julai 2015. Niat asalnya hanyalah untuk mencuba. Sebab waktu itu aku adalah penjual produk kesihatan berasaskan madu. Namun, agak memeranjatkan aku, apabila aku sudah berupaya menjana pendapatan RM 2500 pada bulan pertama menjadi agen. Sebagai pengamal perniagaan online bermacam pruduk sebelumnya, pendapatan RM2500 itu adalah pencapaian terbaik aku sepanjang menceburi bidang perniagaan berasaskan media sosial ini.

Akibat keterujaan itu, aku segera memasang niat menjadi stokis pula. Alhamdulillah selepas cukup sebulan menjadi agen aku mendaftar dan membuat belian selayaknya untuk menjadi seorang stokis. Pada bulan Ogos 2016 aku sudah dikenali sebagai stokis yang sah dalam JSD. Allah buka peluang untuk aku melangkah jauh lagi apabila bulan pertama sebagai stokis aku telah mampu menjana RM5000 hasil berniaga online produk JSD ini. Seterusnya bulan kedua sebagai stokis pendapatan aku meningkat lagi kepad RM8000. Makin menarik bulan ketiga sahaja sebagai stokis aku telah menjana pendapatan bernilai RM 16000. Diringkaskan cerita aku melompat naik menjadi seorang LEADER INCUBATOR (LI) selepas 10 bulan aku menjadi stokis dengan pendapatan yang sudah mencecah RM41000 sebulan.

Latihan pertama sebagai seorang LI aku terima melalui kelas oleh Pengasas Produk Jamu Susuk Dara sendiri, Dato’ Seri Hani Borhan pada bulan Jun 2016. Selepas mengikuti kelas pertama itulah lahirnya Empayar aku sendiri yang dinamakan EMPAYAR JUTAWAN AURA JELITA pada Julai 2016.

VISI AKU

Membantu golongan wanita terutama suri rumah menjana pendapatan setiap hari untuk memperbaiki taraf hidup keluarga mereka

MISI AKU

  • Melahirkan stokis yang pandai berniaga
  • Membekalkan ilmu marketing sewajarnya untuk proses perkembangan perniagaan mereka
  • Menyediakan stok yang mencukupi kepada anak-anak empayar

Pencapaian Aku

Stokis

  • Rewards dari ketua empayar setiap bulan

Leader Incubator

  • Jam tangan Michael Kors
  • Beg LV
  • Tajaan penuh bercuti ke Korea selama 10 hari
  • Tajaan penuh bercuti ke Australia (berapa hari belum tahu sebab bulan 6 nanti)