Cerita 9

IMPIAN HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK – Part 1

Teman2 semua mari kita bicarakan soal IMPIAN. Rata2 kita semua memiliki impian hidup. Impian adalah perkara yang kita inginkan terjadi di masa akan datang. Terdapat pelbagai impian dalam hidup seseorang yang waras. Biasanya semua yang kita impikan adalah perkara2 yang baik2 tentunya.

Kali ini aku nak ajak semua teman2 membuat pelbagai impian dalam hidup masing2. Oh ya sebelum itu, impian atau matlamat ini ada terbahagi kepada 4 kategori iaitu mudah, sederhana, jangka panjang dan impian.

Mari kita lihat sedikit berkenaan matlamat2 ini. MATLAMAT MUDAH. Biasanya matlamat ini mudah untuk kita capai atau laksanakan. Contohnya memiliki baju kemeja baru dari pasaraya tesco. Haaa, dengan tak memerlukan fikiran yang panjang kita sudah boleh dapatkan baju tersebut kan. Mudah sahaja, tak perlu pening2 kepala. Contoh lagi datang awal ke tempat kerja/sekolah. Matlamat ini senang kita capai atau tunaikan dan biasanya tidak melibatkan jangka masa yang panjang.

MATLAMAT SEDERHANA pula biasanya mengambil masa 6 bulan ke setahun  untuk kita capainya. Matlamat ini boleh dicapai dengan usaha dan kesungguhan kita untuk mendapatkannya. Contoh ingin mengurangkan berat badan dari 100kg ke 50kg. Dengan kesungguhan anda berdiet dan pengorbanan tidak makan anda apabila melihat menu hidangan lazat yang diletakkan dihadapan pasti ianya akan membuatkan anda kurus suatu hari nanti. Pengorbanan dan kesungguhan yang anda lakukan pastinya akan mendekatkan anda dengan matlamat sederhana yang anda inginkan dalam hidup.

MATLAMAT JANGKA PANJANG. Apabila berbicara tentang matlamat jangka panjang ini anda perlu mempunyai fokus dan disiplin diri yang tinggi untuk mencapainya. Kebanyakan mereka yang mempunyai matlamat jangka panjang akan menemui kegagalan sekiranya tidak fokus dan tidak mendisiplinkan diri sendiri untuk berjaya. Contoh anda impikan di kala usia anda 50 tahun anda sudah bergelar jutawan. Jika matlamat begini apa tindakan yang perlu dilakukan anda ialah menabung dan menyimpan. Disiplinkan diri menyimpan wang di samping fokus yang anda perlu letakkan terhadap impian tersebut. Orang yang mempunyai disiplin dan fokus pasti akan mencapai kejayaan. Bukan mudah hendak jadi jutawan dan bukanlah dalam tempoh yang singkat kita boleh menjadi jutawan.

MATLAMAT IMPIAN. Matlamat impian adalah sesuatu yang anda impikan atau gambarkan dalam fikiran anda. Biasalah teman2 semua apabila kita membayangkan di kepala macam2 keinginan kita akan menjelma. Ada yang terbayangkan ingin ke bulan, ada yang membayangkan ingin menjadi hartawan terkaya, ada juga yang membayangkan ingin melancong ke semua negara, ada juga membayangkan ingin membeli kapal terbang peribadi bahkan ada yang turut membayangkan ingin memiliki pulau sendiri dan sebagainya. Matlamat impian tidak semestinya realistik dan boleh dicapai, namun matlamat impian sebenarnya merupakan pendorong paling utama dalam diri anda untuk lebih berjaya. Percayalah bahawa setiap yang diimpikan dalam fikiran anda akan membawa anda kepada impian itu. Jangan biarkan diri anda menyekat dan menghalang bayangan impian hidup anda. Tiada matlamat yang lebih indah dari MATLAMAT IMPIAN. Tidak salah menyimpan angan2 namun jangan biarkan hidup anda diselubungi angan2 sudahlah. Heeee

 

Nanti aku akan perincikan MATLAMAT IMPIAN ini ditulisan yang akan menyusul.