Cerita 8

HIDUP SUATU ANUGERAH

Suatu masa lalu, ada seorang gadis buta yang sering menyesali akan kekurangan dirinya sendiri. Dia bukan hanya membenci dirinya sendiri malah semua orang kecuali kekasihnya.

Sang kekasih sering berada di sampingnya sebagai peneman dan penghibur yang setia. Dia sering menyebut akan menikahi gadis buta itu jika gadis itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seorang yang ikhlas hati menderma sepasang mata kepada gadis itu. Dengan kehendak yang Maha Esa si gadis itu dapat melihat segala-galanya termasuklah kekasihnya itu.

Lalu bertanya si kekasih kepada si gadis: “Sayang, sekarang kamu sudah boleh melihat dunia”. Apakah engkau sudi berkahwin dengan aku”?. Gadis itu terkejut ketika melihat bahawa kekasihnya itu adalah buta. Dengan bersungguh-sungguh dia menolak untuk menikahi kekasihya itu yang nyata sangat setia mendampingi hidupnya selama mana dia buta.

Akhirnya si kekasih itu pergi dengan sejuta kekesalan, dan kemudiannya mengutuskan sepucuk surat ringkas kepada gadisnya itu: “Sayangku, jagalah dirimu dengan sebaiknya dan tolonglah jaga baik2 dua mata yang telah aku berikan kepadamu.”

Kisah tersebut memperlihatkan bagaimana pemikiran manusia mampu berubah mengikut perjalanan hidupnya. Hanya sebilangan kecil sahaja yang akan ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang mengingati kepada siapa harus berterima kasih kerana bersama2 merasakan dan mengalami keperitan hidup dan saat2 paling menyakitkan bersama-sama.

Hari ini sebelum kita melafaskan kata2 kasar mahupun kesat ingatlah seseorang yang tidak mampu berbicara.

Sebelum kita mengeluh mengenai citarasa makanan, ingatlah akan seseorang yang tidak mempunyai apa2 untuk dimakan..

Sebelum kita mengeluh tentang suamimu, ingatlah akan seseorang yang menangis meminta doa kepada Tuhan untuk menyembuhkan penyakit lumpuh suaminya.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, ingatlah akan seseorang yang telah pergi ke alam kubur bersama kemiskinannya.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak, ingatlah akan seseorang yang begitu mengharapkan kehadiran seorang anak namun tidak mendapatkannya.

Dan ketika kita mengeluh tentang kerja kita, ingatlah akan para penganggur yang begitu inginkan pekerjaan.

Oleh itu, ketika hidup kita ini dibebani dengan pancaroba yang akan menjatuhkan kita, senyumlah dan berterima kasihlah kepada Allah kerana kita masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yang bermanfaat buat semua.

NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK  DALAM SETIAP DETIK HIDUP KITA, KERANA ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI untuk waktu selanjutnya !!!