Cerita 7

JANGAN TERUS MENGELUH

Siapakah kalangan anda yang selalu mengeluh. Sering MENGELUH? Padahal kita telah dikurniakan sepasang lengan yang kuat untuk mengubah dunia. Jadi, layakkah kita mengeluh lagi?. Padahal kita telah dianugerahkan kecerdasan yang membolehkan kita memiliki segalanya.

Adakah kita masih amhu mengeluh?. Lantas menyingkirkan beban dan tanggungjawab sendiri. Janganlah kekuatan yang ada pada diri kita terhakis kerana adanya sifat mengeluh dalam diri. Marilah kuatkan hati. Tegakkan bahu. Jangan biarkan semangat hilang hanya kerana kita tidak tahu jawapan untuk setiap masalah yang kita alami.

Jangan biarkan masalah membunuh keunggulan diri sendiri. Tarik nafas dalam2. Tenangkan hati anda. Carilah cahaya baru yang mampu menerangkan semula hati anda. Apa lagi mulakanlah mengatur langkah baru.

Ingat teman2. Sesungguhnya masih ada orang lain yang lebih layak mengeluh berbanding diri kita. Lebih menderita sehingga tidak terdaya lagi bersuara bicara mengeluh. Bebanan kehidupan mereka,dihadapi dengan tenang daripada membutirkan kesesalan. Jika mereka mampu sedemikian mengapa pula kita yang memiliki segalanya lebih suka mengeluh daripada menghadapi tentangan kehidupan.