Cerita 5

KETAM YANG PEMARAH

Salam semua.. Bersua lagi kita. kali ini mari kita citer pasal Ketam pula. Teman2 siapa yang panas baran elok baca kisah ini. Marah, geram, aaaarrgghhh..

Sepasang sahabat memancing ketam. Sebelum tu macam mana cara memancing ketam?

Kedua sahabat tadi dengan menggunakan sebatang buluh kecil, ikat tali dihujung buluh dan ikat batu supaya boleh tenggelam. Kemudian dua sahabat itu hayunkan pula batu  kepada ketam. Mereka lakukan berulang kali. Baling dan hayun lagi kepada ketam sehingga ketam itu marah, dan apabila ketam itu marah maka sudah tentu dia akan menyepit tali atau batu itu dengan geram. Kepitan bila tengah geram pasti kuat dan sukar ditanggalkan. So, apa lagi apabila kedua sahabat itu angkat buluh pancing kelihatan ketam yang masih mengepit batu dalam keadaan marahnya

Kemudian sahabat itu pun perlahan2 membawa ketam yang masih mengepit batu ditali itu terus ke dalam periuk yang sedang mendidih airnya. Kemudian ketam yang dalam keadaan marah itu segera dicelupkan kedalam kuali. Apa lagi menggelupur ketam kepanasan lalu melepaskan tali. Merah meyala badan si ketam itu. Tidak lama kemudian dua sahabat itu dapat menikmati Ketam Rebus yang sangat lazat.

Ketam itu terkorban menjadi hidangan lazat adalah kerana kemarahannya. Ketam itu geram kerana diganggu dengan hanya sebatang buluh, seutas tali dan batu kecil.

Moralnya kita sering melihat banyak orang yang gagal dalam ujian, menghadapi masalah, hilang peluang, kehilangan pangkat bahkan hilang segalanya keranaMARAH

Oleh itu, kalau kita menghadapi gangguan mahupun masalah kecil mahupun besar, hadapilah dengan bijaksana. Kawal kemarahan sebaik mungkin, tarik nafas panjang2, basuh muka dan tangan atau ambil air sembahyang bagi muslim agar api kemarahan itu boleh dikawal. Ingat jangan jadi mangsa kuali yang panas yang pasti menghancurkan terus masa depan kita.