Cerita 4

KESUNGGUHAN JET LI

Salam semua.. Siapa di sini peminat filem aksi. Angkat tangan. Heee..

Kalau anda minat dengan filem aksi atau dunia persilatan pasti anda akan tahu mamat ni. Gerakan yang lincah dan gaya pertarungan yang sangat menarik bila ditonton. Sebenarnya kalau teman2 nak tahu, Jet Li ni bukan saja pelakon semata2 tetapi dia memang juara kungfu yang sebenarnya. Selama 5 tahun berturut2 sejak 1974 sampailah 1979, si Jet Li telah memangangi kejuaraan pertandingan bela diri atau lebih dikenali sebagai Chinese National Martial Arts Contest.

Dilahirkan di Beijing China pada 26 April 1963, Li Lian Jie nama Mandarin bagi Jet Li bukan terus terkenal seperti sekarang. Bahkan pernah mengalami beberapa kegagalan dalam filem yang dia sebagai aktornya. Yang lebih menyedihkan ialah dia turut beberapa kali gagal sebagai pengarah filem. Belakon pun pernah gagal jadi pengarah pun penah gagal.. heeee. Teman2 ingat lagi filem Shaolin Temple, kalau ingat baguslah sebab filem itulah yang membuatkan nama Jet Li sedikit naik. Sekitar tahun 1989, Jet Li mula mencuba ke pasaran filem Amerika melalui filem Dragon Fight. Hasilnya menggagumkan dan Jet Li terus bertemu dengan Tsui Hark (penerbit ternama masa itu) untuk bersama2 menghasilkan filem The Master pada 1990. Yang menariknya filem itu dihasilkan dengan perbelanjaan peribadinya sendiri. Meletup filem tu, tetapi terdapat sedikit masalah sehingga memaksa Jet Li untuk kembali semula ke China.

Sebenarnya Jet Li dan Wushu memang tak dapat dipisahkan. Kerana Wushu lah Jet Li berpeluang mengadakan persembahan di hadapan Presiden Amerika waktu itu iaitu Richard Nixon. Kira wushu dah jadi darah daging dia la. Pada umur 8 tahun, dia masuk sekolah seni beladiri di Beijing Athletic School. Di sinilah dia bertemu Wu Ben (guru wushu) yang dia anggap seperti ayahnya sendiri. Jet Li jadi anak yatim sejak umur 2 tahun.

Wu Ben yang menggilap bakat Jet Li. Jet Li dilatih dengan keras berbanding rakannya yang lain sehingga pernah suatu ketika Jet Li memberontak. Namun lama kelamaan barulah dia faham yang Wu Ben sebenarnya berusaha bersungguh2 mencungkil bakatnya. Semua kesusahan terbalas apabila Jet Li memenangi pelbagai kejuaraan di pelbagai kejohanan yang disertainya. Setelah itu dia juga diajak mengelilingi lebih 40 buah negara untuk mempersembahkan wushu.

Bakat dan kemampuan itulah yang membawa Jet Li ke dalam dunia lakonan. Filem Shoalin Temple begitu berjaya buat Jet Li sehinggakan banyak pemuda yang ingin belajar wushu dan mendaftar ke kuil shoalin. Sejak itulah dia mula berjaya sebagai pelakon.

Walaupun pernah gagal di Amerika dahulu, Namun peranan sebagai actor jahat dalam filem Lethal Weapon 4 bersama pelakon terkenal Mel Gibson telah menaikkan semula Jet Li. Sejak itu seluruh dunia mula mengenali Jet Li. Namun begitu Tsunami pada 2004 nyaris meragut nyawanya yang pada ketika itu bercuti bersama keluarga. Kejadian itu membuatkan Jet Li menubuhkan One Foundation iaitu yayasan yang ditubuhkan bertujuan membantu mangsa bencana alam tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan. Melalui yayasan ini Jet Li memperkenalkan program 1Person + 1Dollar+1Month(setiap bulan)=1BigFamily, iaitu bermaksud setiap orang yang mendermakan satu dollar setiap bulan akan membantu lebih banyak keluarga di dunia dan dikenali sebagai keluarga besar.

Kehebatan Jet Li sebagai pelakon aksi tidak dapat disangkal lagi. Itu semua hasil kerja keras dan semangat pantang menyerah dalam hidupnya.

“Kejayaan adalah Pakej yang dibawa bersama kesusahan  masa lalu” dan “Bila kita sudah berjaya jangan lupa pula beramal sebagai Pakej menuju Alam Akhirat”