Cerita 3

USAHA KITA FAEDAH UNTUK SEMUA

Kali ini aku nak bicara soal motivasi. Bukan untuk diri pembaca sahaja malah diri aku sendiri.

Kisah motivasi ini sering aku bawakan untuk menaikkan semangat perjuangan dan semangat setiakawan kepada pelajar2 aku suatu ketika dahulu. Sebelum ianya lenyap dari ingatan aku, maka elok aku coretkan sebagai tatapan semua sahabat yang aku sayangi semuanya.

Mungkin ramai sudah pernah membacakan kisah ini di laman2 blog yang lain. Namun aku garapkan di sini jua sebagai bacaan semua. Bermacam2 versi kita boleh baca tentang kisah ini. Namun aku bawakan versi yang aku fahami dan aku olah sedikit agar lebih menyentuh sanubari teman2. Haaaa tengok ayat aku… heeee

Berkisahkan tapak sulaiman yang terdampar dan anak kecil.

Saban hari kelihatan seorang anak kecil akan melewati pinggir pantai. Biasanya dia akan berlari-lari anak di gigi air laut. Itulah rutin harian si anak kecil tadi setiap petang. Jika anak2 lain sibuk dengan rakan2 bermain di padang2 permainan, berlainan pula dengan si anak ini. Kelibat anak ini berlari lari ditepian pantai itu setiap petang sememangnya telah diketahui semua orang terutamanya nelayan2 yang menyulam pukat dan menjahit jala di kawasan sekitar pantai.

Anak kecil ini tidak hanya berlari-lari kosong. Namun apa yang dilakukannya adalah membongkokkan badan, mengutip sesuatu dan mencampakkan ke dalam laut kemudiannya meneruskan larian, membongkokkan badan, mengutip sesuatu mencampakkan lagi sesuatu ke dalam laut sebelum meneruskan lagi lariannya. Begitulah saban petang anak kecil itu beraksi di pantai. Selagi belum kelihatan cahaya merah dikaki langit anak kecil itu tidak akan pulang ke rumah. Sebenarnya anak kecil itu membongkokkan badan untuk mengutip tapak sulaiman yang terdampar di pantai dan kemudiannya membalingkannya semua ke tengah lautan. Pelik bukan.. Setiap hari pula tu..

Suatu petang, perbuatan anak kecil itu dilihat si nelayan. Nelayan menghampiri anak kecil dan bertanya, “Nakkk, kenapa pakcik lihat anak setiap hari mengutip dan mencampakkan semula semua tapak sulaiaman yang terdampar ini ke tengah lautan, tidakkan ini suatu perbuatan yang sia-sia, tidakkah ianya juga suatu perbuatan yang membuang masa?. Biar sajalah tapak sulaiman ini terdampar di pantai.” “Pakcik rasa tak akan habis tapak sulaiman ini walaupun kau campak setiap hari ke dalam lautan semula nakkk”. Begitulah teguran dari seorang nelayan buat si anak kecil.

  

Namun si nak kecil tersenyum tenang. Sambil membongkokkan badan mengutip tapak sulaiman itu, si anak kecil bersuara. “Sebenarnya pakcik, saya setiap hari berusaha menyelamatkan tapak sulaiman yang terdampar ini, saya tidak mahu tapak sulaiman ini mati, saya rasa tidak salah saya mencuba menyelamatkan tapak sulaiaman ini Pakcik, jika tapak sulaiman yang masih bernafas ini dapat hidup setelah dicampakkan ke lautan ianya sudah cukup mengembirakan saya, jika ianya mati saya tetap puas kerana saya telah sedaya upaya cuba menyelamatkan semua tapak sulaiaman yang terdampar ini, sekurang2nya saya telah berusaha untuk menghidupkan semua tapak sulaiman ini”

Nelayan itu berasa terpaku dan tersentuh dengan kata2 dan perbuatan budak itu. Mulai petang itu anak itu tidak lagi berseorangan ketika menunggu senja tiba di pinggir pantai itu.

 

 

 

 

 

 

Dan sekarang mari kita lihat moral yang ingin disampaikan dari cerita tersebut. Ianya sering berkait rapat dengan kehidupan kita. Kadang kala kita meragui mengapa perlu kita berusaha mendapatkan sesuatu. Mengapa penting sesuatu usaha perlu kita buat untuk mendapatkan sesuatu. Dan mengapa sesuatu itu penting, jika bukan untuk kita sebaliknya penting buat orang lain.

Warga pendidik sekalian, jika ada membaca kisah ini anda sebenarnya adalah si anak kecil itu. Rutin harian anda adalah mendidik para pelajar dengan harapan mereka akan menjadi insan terpelajar dan berguna kepada masyarakat dan negara. Dengan kerenah remaja yang pelbagai dan pelik belakangan ini kami seluruh warga masyarakat ingin memberi ‘tabik spring’ kepada anda cikgu2 atas segala usaha yang diberikan untuk pelajar2 di Malaysia. Terima kasih cikgu. Anggaplah pelajar2 anda adalah tapak sulaiaman itu yang sering anda perlu campakkan ketengah laut semula. Cikgu2 tolong jangan biarkan tapak sulaiman anda mati terdampar. Campaklah mereka ke tengah lautan semula andai kata pelajar anda terdampar. Jika mereka terdampar pagi jangan tunggu tengahari untuk campak mereka ke tengah lautan semula. Campak juga pagi itu cikgu2. Dalam seratus yang cikgu campak siapa tahu 80 lagi akan berenang semula menuju destinasi kejayaan. Jadilah seperti anak kecil itu yang tidak tahu berjaya atau tidak dalam usahanya tetapi istikamah dalam usaha yang dibuat. InsyaAllah kejayaan pasti akan menjelma.

Buat ibu bapa tersayang. Jangan dibezakan anak2 anda. Jadilah ibu bapa seperti mana si anak kecil di pinggir lautan itu. Biasalah dalam setandan kelapa pasti ada yang rosak dan buruk. Begitu juga dengan manusia. Dalam ramai2 mesti ada yang kurang. Carilah kelebihan dari kekurangan yang ada itu dan berilah yang terbaik kepada anak2 anda. Mungkin si anak itu kurang sedikit kecerdikannya dari anak2 yang lain namun percayalah jika anda terus mencampakkannya dan memberi peluang untuk dia, pasti dia akan mampu berjaya jua akhirnya. Campaklah anak2 anda semua ke tengah lautan jika anak2 terdampar di tepian. Jangan jemu mencampakkan mereka. Contohilah si anak kecil dan tapak sulaiman itu. Sama ada dia nak berjaya atau gagal itu adalah kerja Allah. Yang penting usaha kita.

Cukuplah dua contoh aku bagi, pendidik dan ibu bapa. Korang yang terkesan dengan cerita ini pandai2lah relate dan kaitkan dengan diri masing2.

Sekian yang baik dari Allah.