Cerita 12

IMPIAN HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK – Part 4 (Inspirasi John Goddard)

Salam semua.. kali ini aku nak kongsikan kisah orang yang berjaya mencapai impian yang telah mereka letakkan dalam hidup mereka. Dia juga membuat senarai impiannya sendiri dan berusaha mencapai kesemua senarai impian itu. Beliau adalah John Goddard. Dia baru meninggal tahun lepas.

Ketika berumur 15 tahun, John Goddard telah menyenaraikan 127 matlamat di dalam “Senarai Hidup” beliau yang mengandungi semua perkara yang ingin beliau lakukan ketika hidupnya. Selepas hampir 6 dekad (pada usia 74 tahun), beliau telah mencapai 109 matlamat yang telah beliau catatkan di dalam senarainya. Beliau juga telah merekodkan kebanyakan pengembaraannya di channel seperti National Geographic dan Reader’s Digest. Rekod dan cacatan beliau inilah kemudiaanya digunapakai oleh banyak orang dalam mencetus inspirasi diri.

John merupakan seorang graduan bidang Antropologi dan Psikologi, beliau pernah mengkaji kebudayaan yang jarang dikenali di seluruh penjuru dunia. Beliau berkahwin dan tinggal bersama isteri dan 2 daripada 5 anaknya. Beliau tidak percaya bahawa pengembaraan semata-mata untuk kepuasan yang sia-sia tetapi menggunakan pengalaman ini untuk mencapai sesuatu yang bernilai pada akhirnya. “Pengembaraan boleh memberi perangsang dan keseronokan-tetapi merupakan perkara yang kedua pentingnya.”

Walau bagaimanapun, “menggali” fakta boleh jadi satu kerjaya yang membahayakan buat semua termasuk Goddard sendiri. Beliau pernah dipatuk oleh ular berbisa, dikejar gajah, dan terperangkap dalam pasir jerlus. Beliau pernah terlibat dalam kemalangan pesawat, pernah terperangkap dalam gempa bumi dan dua kali hampir lemas dibawa jeram. Namun keinginan beliau yang begitu kuat untuk menemui pengetahuan baru dan mencapai senarai matlamat impian yang memimpin beliau meskipun merbahaya.

Selama bertahun-tahun, John Goddard menjelajah ke merata dunia membicarakan mengenai kepentingan menyenaraikan matlamat kepada orang ramai, tua dan muda. Beliau mengatakan bahawa terdapat magik yang akan berlaku sekiranya anda menerokai impian anda dan mencatatkannya. Beliau mengatakan bahawa ia menggerakkan perancangan untuk menetapkannya dan dengan tiba-tiba sahaja semua peluang untuk mencapai impian akan mula mendekati kamu. Mungkin ini berbunyi luar biasa tetapi pasti kamu tidak dapat mempertikaikan pencapaian beliau.

Kalau nak tahu cerita lanjut tentang John Goddard ini boleh tonton d you tube.. link aku letak sini… Semoga ia akan dapat memberi inspirasi buat teman2. Jangan lupa tonton…

Dibawah ini pula aku sertakan senarai hidup John Goddard yang aku ambil dari web dia.

kecil tak dapat baca sila layari http://www.johngoddard.info/life_list.htm
kecil tak dapat baca sila layari http://www.johngoddard.info/life_list.htm