Cerita 11

IMPIAN HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK – Part 3

Vision Board

Salam semua teman2. Bertemu lagi kita. Kali ini coretan sambungan berkenaan IMPIAN. Dalam IMPIAN HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK Part 2 aku ada coretkan tentang senarai impian. Kemudian daripada senarai itu kita akan membuat bayangan impian. Dari bayangan impian pula kita mencoretkan mengapa impian itu penting buat kita dan kemudian disimpan di dalam wallet atau beg tangan masing2 dan satu lagi coretan akan ditampal di vision board. So kali ini kita akan hasilkan vision board impian.

Jika kalangan anda sudah ada vison board sendiri, bolehlah tambah dan update vision anda itu. Heee.. Ingat pemimpin hebat juga mempunyai gambaran vision mereka tersendiri.

Mari mulakan. Mainkan lagu yang relax dan sentimental. Atau lebih best instrumental untuk menaikkan mood dan melapangkan fikiran. Dapatkan majalah2 lama atau surat khabar atau bulletin. Dapatkan sebanyak yang mungkin. Setelah itu, selak halaman majalah2 berkenaan dan cari gambar atau perkataan yang berkait rapat dengan impian anda. Gambar2 ini anda boleh gunting atau koyak mengikut kehendak masing2. Kumpulkan dan cari sebanyak yang mungkin gambar2 atau perkataan yang mampu mengambarkan impian anda.

Setelah itu, anda boleh tampalkan di kertas manila atau A3 atau kertas mahjong. Yang mana aja yang anda fikirkan sesuai dan yang boleh menarik minat anda. Buatlah coretan kata2 semangat dan tampalah mengikut kreativiti anda masing2. Kemudian ambil coretan yang anda telah hasilkan tentang Mengapa Impian Ini Penting Untuk Anda yang telah dihasilkan dalam part -2 sebelum ini dan ditampal di Vision Board anda. Siap…

Vision Board

Vison board yang telah siap itu letakkan di tempat yang mudah untuk anda lihat. Tak kisahlah di dinding ke atau di mana2 ruang. Selalunya orang letak dibilik sendiri. Huuu tapi terpulang pada anda, asalkan mudah dilihat mata. Makin kerap anda lihat makin hampir anda dengan matlamat impian anda.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, gambaran impian di vision board itu akan bertindak sebagai cikgu/penasihat yang akan menegur dan menasihati anda kearah impian anda itu. Walau tidak berkata-kata namun ianya sudah cukup untuk mengingatkan anda akan impian diri anda. Keajaiban akan muncul suatu hari nanti dan pasti anda akan tersenyum sendiri melihat vision board yang saban hari mengingatkan anda kepada impian sendiri. Aku pun masih memiliki vision board aku yang telah aku hasilkan pada 2007 lalu. Walau berpindah rumah beberapa kali namun ianya tetap ada didinding rumah. Huuuu.. dan aku tersenyum kerana aku telah mencapai sebahagiannya. Nyata aku puas….

Sambung dicoretan seterusnya…..