Cerita 10

IMPIAN HARI INI ADALAH PENENTU KEJAYAAN HARI ESOK – Part 2

Hai semua…  Aku ingin sambung coretan aku tentang IMPIAN. Semoga pembaca sekalian mempunyai impian yang ingin dicapai. Biasanya pemimpin2 yang hebat mereka mempunyai gambaran yang jelas terhadap wawasan mereka. Wawasan yang pada mulanya berlegar di fikiran sahaja ini kemudiaannya akan diterjemahkan dalam bentuk2 gambaran yang boleh dilihat dengan mata dan disentuh rasa.

Kali ini aku nak ajar teknik atau cara untuk berimaginasi terhadap impian2 anda itu. Bagi menambah ketenangan anda bolehlah menggunakan mana2 musik instrumental alau relax music yang boleh menenangkan otak anda. Mainkan music itu perlahan dan rasai ketenangan bersama alunan music itu. Letak music dalam repeat mode, jika boleh jangan biar music berhenti terlalu lama. Jauhkan fikiran anda dari memikirkan masalah2 yang ada. Ambil sehelai kertas dan tuliskan impian2 anda. Senaraikan seberapa banyak yang boleh. Tuliskan senarai impian hidupku dengan jelas sebagai tajuknya. Letakkan senarai yang siap ditepi anda.

Kemudian pejam mata anda perlahan2 sambil membiarkan diri anda ditenangkan oleh music yang merelaxkan anda. Apabila telah merasakan ketenangan itu, anda perlahan2 membayangkan matlamat2 yang telah anda senaraikan tadi satu persatu. Jika anda menyenaraikan matlamat memiliki rumah mewah, maka bayangkan anda ketika itu sedang berada di rumah mewah berkenaan. Cuba imbas senarai yang anda telah lakukan sebelum ini dalam bentuk bayangan pula. Satu persatu lakukan. Rasai kehebatan apabila matlamat anda itu benar2 anda dapat nikmati dalam bentuk imaginasi. Biarkan gambaran impian2 itu berlegar2 perlahan dalam fikiran anda.

Setelah itu anda cuba alihkan bayangan fikiran anda kepada cuma suatu impian yang paling anda inginkan untuk dicapai. Biarkan impian ini menguasai sepenuhnya fikiran anda sambil relaxkan minda dengan bunyi muzik. Nikmati sepenuhnya kegembiraan anda. Anda kini telah mendapati impian itu satu kenyataan. Anda rasa hebat dan bergembira kerana telah mencapainya. Rasai keseronokan itu beberapa minit.

Bukakan mata, ambil pen dan kertas. Tuliskan mengapa anda perlukan sangat2 impian itu. Mengapa ianya penting untuk anda capai. Jangan panjang sangat. Huuuu.. Buat dua salinan. Satu dilipat dan dimasuk dalam wallet atau beg tangan anda, dan satu lagi ditampal bersama Vision Board anda. Ingat semakin lusuh dan lunyai kertas itu, bermakna anda semakin hampir dengan impian anda itu. Harap dapat disimpan dan dibawa ke mana anda pergi. Bila ada waktu dan masa terluang, buka dan bacalah ia dan buat renungan diri dimana anda pada waktu itu. Dekat atau jauhkah dengan impian itu. Tentang vision board akan aku sentuh dalam coretan seterusnya.

Kalau nak tahu keajaibannya, anda kena buatlah sendiri. Rasai sendiri. Anda akan lihat dan berbangga suatu hari nanti dengan pencapaian anda. Percayalah…