Akulah Liza Si Penjual Jamu

Seorang Suri Rumah

Buat masa sekarang aku suri rumah. Aku tidak bekerja sudah setahun setengah. Sebabnya aku sambung belajar.

Seorang Ibu

Anakku masih kecil. Elysia namanya.

Seorang Isteri

Isteri kepada En. Fikry. Fikry bekerja di salah sebuah agensi awam.

Seorang Pelajar

Seorang Tutor UUM dan dihantar/diarah/diminta (tak tahu perkataan mana yang wajar) menyambung pengajian di Universiti Sains Malaysia dalam bidang PhD. Sudah lebih setahun di USM dan dalam proses menyiapkan penyelidikan. Syukur mendapat dua orang penyelia yang sangat membantu. Setelah tamat pengajian nanti akan kembali ke UUM sebagai kakitangan akademik. Doakan saya semua kawan-kawan. Menyeramkan juga PhD sebenarnya.

Seorang Peniaga >>Online

Aku memang minat berniaga. Tak niaga macam tak lengkap hidup aku. Zaman sekolah pun aku niaga. Zaman Universiti pun aku niaga. Sekarang zaman bekerja pun aku niaga juga.

Ringkaskan cerita. Zaman Universiti aku pernah jual buah, jual nasi lemak, jual bihun goreng dan niaga di pesta konvo. Paling best masa ini adalah aku niaga door to door (pintu ke pintu) bilik di asrama penginapan. Jual nasi lemak dan bihun. Bihun tu aku goreng sendiri. Sedap tak sedap tu belakang kira lah. Asalkan aku tetap boleh niaga dan duit masuk juga walau sedikit.

Zaman belajar juga semasa buat Master dulu aku mula niaga pasar pagi dan pasar malam. Masa itu jual tudung. Aku akan beli tudung dari pasar kemboja, Parit Buntar & Jalan TAR, KL. Memang menarik. Penat memang penat.

Tahun 2010, aku masuk ekspo raya di Kuala Nerang Kedah. Tolong kawan niaga Mutiara Sabah. Boleh juga duit raya kawan bagi bantu dia. Tak kisah pun yang penting boleh niaga. Lepas itu aku mula join ekspo dan pasar malam secara serius. Kalau tak ada kawan, Fikry akan teman aku niaga area Changloon dan Kuala Nerang. Dia balik kerja petang terus kami pacak khemah di tapak pasar malam pula. Penat memang penat.

Tahun 2011 dan 2012, aku dan suami join sekali lagi ekspo raya di Kuala Nerang. Kali ini kami masuk sebagai peniaga dan bukannya sebagai penjual di kedai kawan seperti tahun sebelumnya. Alhamdulillah. Masyukkkk.. Tahun 2013, kami niaga pula di ekspo raya di Baling, Kedah.

Tahun 2014 & 2015, aku bekerja di salah sebuah syarikat swasta (anak syarikat UUM). Aku tidak lagi join pasar malam dan ekspo. Sibuk dengan kerja tidak sempat untuk semua itu. Namun, aku mula aktif berniaga online. Aku ada page sendiri yang di namakan Tudung Prima. Aku jual, aku juga model. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan. Dari situ aku berjaya mendapat ramai pengikut di facebook dan instagram. Waktu ini aku niaga online dua benda, iaitu Tudung dan Produk kesihatan berasaskan madu. Seronok niaga tudung dan madu. Cuma madu tu kerap juga pecah. Sebab botol kaca. Jenuh balut dengan kertas dan plastik bagi tebal. Tetap juga pecah. Kena ganti baru.

Tahun 2016, Produk JSD mula menerjah bisness online aku. Nyata aku tidak senang duduk dibuatnya. Sehingga kini… Yea sehingga Kini….

Aku perincikan kenangan bisness aku dalam blog. Rajin bacalah..