Majlis Mesra Raya & Farewell

Salam.. bertemu lagi..

Kali ini tulisan ini akan membawa kisah Majlis Mesra Raya Team Biker Z250SL Utara dan Farewell Saudara Syafiq dan Saudara Adi. Majlis ini sememangnya memerlukan perancangan yang agak teliti dan agak memenatkan.

Asal kepada program ini adalah pertanyaan dari Saudara Afiq kepada Suami. Tentang perlu atau tidaknya kepada Farewell Syafiq dan Adi. Sememangnya majlis ucap selamat tinggal ini ada juga suami sebut-sebut di rumah, namun bagaimana hendak dipersembahkan belum tahu.

Menerusi perbincangan team suami secara undergroundnya… Kata putus untuk membuat majlis farewell ini berjaya didapatkan. Disebabkan masih di dalam bulan Syawal maka eloklah digabungkan Majlis Raya dan farewell itu sekaligus. Perbincangan demi perbincangan… Cadangan untuk adakan majlis di sebuah restoran/cafe telah dikemukakan. Cadangan ini dipersetujui awalnya. Penetapan kadar untuk kutipan juga telah dibuat. tinggal mahu deal berapa kepala yang akan ikut serta sahaja. Tidak lama setelah itu muncul idea untuk dibuat majlis secara BBQ sahaja. Boleh sudah tentu boleh… Tetapi dimana?? So suami pun udate status FB macam di bawah:

Cadangan-cadangan semua ahli dipertimbangkan secara rapi. Mengapa cadangan BBQ ini diterima?. Jawapannya adalah untuk membina kemesraan sesama ahli dalam kelab ini. Orang kata sambil panggang ayam tu boleh lah borak-borak dan mengenali lebih dekat lagi berbanding dengan hanya pergi makan sahaja di mana-mana restoren atau cafe. Pemilihan lokasi agak buntu. Ada cadangan di Pantai Bersih, ada juga di Pantai Merdeka atau kawasan peranginan. Bagaimana kalau hujan?.

Akhirnya muncul idea dari saudara Zalie untuk jalankan majlis di Chalet dan dia setuju untuk mencari tempat yang sesuai. Chalet Salak Denai, Yan Kedah telah dipilih akhirnya sebagai lokasi majlis kami. Whatapp group menjadi tempat berbincang.. maklumat kadar sewa chalet dan jumlah kutipan yang perlu dibuat juga menjadi bualan. Ringkas cerita Chalet Siti Safiyyah dipilih dengan kadar RM 200 Separuh hari. Masuk pada jam 1 petang dan keluar jam 8.00 malam. Chalet lain ada tetapi penuh dengan pengunjung-pengunjung lain yang turut bercuti raya.

Kutipan dibuat kalangan yang ingin hadir. Kesilapan semasa kutipan adalah dorang tidak menyediakan langsung lebihan RM untuk kes-kes tidak cukup belanja. Kadar yang di tetapkan RM25/person adalah terlalu minima sebenarnya dengan kos Chalet RM200 separuh hari. Tawakal sahaja kot… Hasil kutipan makin bertambah hari demi hari. Namun masih belum dapat menampung perbelanjaan Chalet pun. Dengan harapan akan ada lagi pendaftaran dari ahli-ahli lain duit sendiri perlu dia di advancekan dahulu. Tawakal..

Alhamdulillah makin hari makin ramai penyertaan. Setelah Chalet di tempah Zalie, masih ada lebihan RM150 untuk bahan mentah BBQ. macam tak cukup saja. Gayat… gayat…

Lupakan seketika bab cukup ke tak. nanti kita fikirkan. Sekarang siapa yang boleh perap ayam. Yang tahu buat perencah bagai.. Sengaja saya petik Afiq kerana tahu keluarganya pandai masak. Keluarganya lah,, bukan Afiq… hehehe tolong jangan perasan sangat.. hehe Alhamdulillah Afiq setuju untuk bertanyakan Maknya bahan-bahan untuk perap ayam.

Panggilan mesyuarat dibuat pada 22 Julai 2015 di Route 69 di Telok Air Tawar. Hasil perbincangan mesyuarat dan setelah kemukakan senarai bahan-bahan yang perlu dibeli oleh Afiq maka mesyuarat bersetuju untuk membeli bahan-bahan lain yang sesuai untuk BBQ. Gayat… gayat… macam tak cukup nih…

Afiq diminta belikan semua bahan-bahan yang diperlukan. nanti Claim balik pada kami. Ringkas cerita 24 Julai 2015, melalui whatapp grop dorang berbincang untuk beli ayam dan lain-lain yang belum dibeli. Saya baca jea.. hehe. Kebetulan pasar malam di Bertam ada hari itu, elok beli ayam segar. Balik kerja sahaja petang tu tayar motor suami pulak pancit.. dah lah hujan.. dah lah dia nak cepat pergi pasar malam beli ayam dengan Afiq..  aduh saya pulak kena hantarkan tayar dengan kereta.. hehe… Tinggalkan bab tayar pancit tuh…  Alhamdulillah lepas maghrib kami ke pasar malam dan ada ayam segar. Kebetulan ada ahli kita yang baik hati saudara soffian yang ingin tambah duit untuk beli 2 ekor ayam lagi. Jadi ayam segar semuanya 8 ekor dan dipotong 12. Rasa gayat menjadi kurang dengan penyertaan team Perlis dan suntikan dana yang datang dari dua Individu yang baik hati menyumbangkan lebihan dana. Saya baru join JSD masa ni.. Kalau tak saya sponser semua pun boleh.. hahaha

Abis di pasar malam, kami ke Pasar Mydin Bertam mencari sosej dan lain-lain bahan. Ringkas cerita habis membeli Afiq balik dan membasuh ayam sampai pukul 1 pagi… Sorry saya tak tahu.. kenapa u tak call suami i p tolong u… hehe Lepas siap perap ayam jam 3 pagi… Pukul berapa dia tidur tak tahu la…

Tentatif Program

Esok pagi, Zalie awal-awal dah setup RV location seperti di bawah:

Event: Majlis Mesra Raya BBQ
Tarikh : 25.07.2015
Lokasi : Chalet Salak Denai, Titi Hayun, Yan, Kedah.
RV Utama : Plaza Tol Gurun 
1. Team Penang Island :-
Sub RV : Lepas Jambatan
Waktu : 9.15pg
Am
Khairul
Awie
Akmal
Adi Hizami
2. Team Penang SPT :-
Sub RV : Shell Sg.Dua
Waktu : 10min lpas Team Island
Syafiq
Ies
Taj
Fazly
3. Team Penang SPU :-
Sub RV : Hentian Sg Muda
Waktu : 9.30pg
Fikry
Afiq
Ipan
4. Team Perlis :-
Sub RV : Rumah Ady
Waktu : 8.30pg
Mr X
G. ja
Iman
Ady
5. Team Kedah :-
Main RV : Plaza Tol Gurun
Waktu : 10pg
Zalie
Nazri
Asyran
6. Team Solo Rider :-
Main RV : Hentian Sg Muda
Waktu : 1tgh
Farid
Pian
7. Adi hizami – solo drive (pendang)
Superior Nimble Stylish


Terima kasih Zalie, suami memang tak sempat ambik tahu dah semua tu, sebab pagi itu kami masih membeli lain-lain bahan yang perlu untuk BBQ. Arang… Dawai…. Sos dan lain-lain benda kecik… Sempat whatapp kepada group sahaja supaya gerak dahulu. Kami naik kereta. Sekali lagi kesian Afiq usung barang-barang dalam kereta sorang-sorang. pagi-pagi lagi dah mengangkat barang… bergerak ke Yan… singgah bertanya orang Kedai Ais… Ditunjukkan orang kilang ais terus. hahaha kami beli ais dikilang ooooo…

Kami berkereta ke lokasi Salak Denai, pakai lah GPS.. Entah kemana suami drive ikut GPS bawa sampai ke tengah-tengah bendang. Hehehe… Bertanya orang baru tahu lokasinya yang tepat. Apapun sementara tunggu rakan-rakan yang lain sampai.. Kami singgah makan dahulu. Ehhhh kenapa kami sampai dahulu ni…rasanya kami keluar lewat tadi. hehe…

Selesai kami makan kami bergerak ke Salak Denai.. Sampai salak denai letak deposit RM100 dan sain perjanjian… (nanti ada masa saya upload perjanjian itu).. Saya & suami masuk ke Chalet Siti Saffiyah dan menanti ketibaan yang lainnya. Hantar location tak sampai-sampai tak ada line sangat.. Last suami hantar location yang berjaya adalah kepada Ipan di Petronas Yan. Hahaha lantak la Ipan… BBQ la hang dengan awek di Petronas tu sampai esok pagi.. hahaha kejam… dorang ni macam adik-adik kami saja.

Bukti air yang jernih sebelum ketibaan yang lain… haha.. mai sahaja puak tu air jadi keruh teruihhh… rugi tak mandi awai-awai…


Setelah angkat barang turun dari kereta. Red Carpet pun kami bentangkan mengiringi ketibaan puak-puak yang mengeruhkan air di atas. Hehehe

Berikut gambar yang berjaya dirakamkan sepanjang Majlis.

Majlis ini dianggap berjaya dengan kehadiran ramai ahli kelab. Tahniah kepada semua yang menjayakannya. Kami beredar dari Salak Denai sekitar jam 6.45 petang. Puas makan ayam. dah harap semuanya puas hati dengan event ini.
Jumpa lagi kawan kawan. En Suami nanti ajak lagi tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *